Trip ke Seoul sudah pun tujuh bulan berlalu, tapi aku masih boleh ingat moment-moment aku dan rakan-rakan kat sana. Macamana rasa sakitnya kaki ini akibat berjalan kaki sepanjang hari. Sampai sekarang kalau bercerita pasal Seoul, aku dan member yang pergi sama-sama akan bercakap pasal sakit kaki macam nak patah tulang tu. Berjalan banyak sangat, kalau boleh nak cover tiga ke empat lokasi sekaligus sehari tapi memang tak dapat lah nak cover semua.
Okay, back to the topic. Itaewon. Jika anda merancang ke Seoul, Itaewon umpama heaven untuk anda ketemui restoran-restoran halal. Di Itaewon juga terletak masjid yang mana kebanyakan kita, orang Malaysia akan singgah dan ianya merupakan salah satu sebab kenapa aku letak Itaewon dalam itinerary kami. Dari bandar Seoul untuk ke Itaewon ambil masa lebih kurang setengah jam menggunakan subway - Line 6.
Dari Seoul Land, kami terus ke Itaewon. Waktu pun sudah lewat petang. Masing-masing agak kebuluran sebab makan kebab je tengahari tu.
Melangkah keluar dari stesen subway, Itaewon berikan satu vibe yang sangat berbeza dengan tempat-tempat lain yang kami lawati di Seoul. Kawasannya agak stuffy, dibanjiri dengan pelancong-pelancong dari pelbagai pelusuk dunia. Ermm.. unfortunately tahap kebersihan kawasan agak tidak memuaskan. Minus mark di situ.
Melangkah keluar dari stesen subway, Itaewon berikan satu vibe yang sangat berbeza dengan tempat-tempat lain yang kami lawati di Seoul. Kawasannya agak stuffy, dibanjiri dengan pelancong-pelancong dari pelbagai pelusuk dunia. Ermm.. unfortunately tahap kebersihan kawasan agak tidak memuaskan. Minus mark di situ.
Selain daripada restoran halal dan juga masjid, di Itaewon juga ada beberapa guesthouse/tempat penginapan. Tapi, secara jujurnya aku takkan pilih Itaewon sebagai tempat untuk kami menginap kerana kawasannya agak berbukit dan urghh.. agak membakar lemak dan membina otot jugalah kalau menginap di sini. Faham-faham je lah dengan aku yang tak cukup stamina ni.
Bercerita tentang restoran halal, di sini kita tak perlu risau. Restoran halal kelihatan di kiri kanan depan belakang. It's everywhere! Lepas tu kat sini banyak kali juga selisih dengan orang-orang Malaysia. Bila nampak tu senyum-senyum dan masing-masing tahu, 'Oooo orang Malaysia... :)'.
Rata-rata restoran di sekitar Itaewon adalah Middle East Restaurant tapi kalau nak korean cuisine pun ada tapi kena pandai-pandai cari.
Dalam banyak-banyak restoran yang ada kami nak pergi ke Murree Restoran. Dari stesen subway, lebih kurang ambil masa 15-20 minit berjalan kaki. Tapi masa tu bergantung juga sebab kami banyak singgah di kedai-kedai di sepanjang jalan. Macam yang aku bagitahu awal tadi, jalan di Itaewon ini agak berbukit jadi memang termengah-mengah juga la kami bila sampai di restoran tu (ker aku sorang jer mengah orang lain still okay...?)
Murree Restaurant
Dalam banyak-banyak benda yang aku makan kat Seoul ni, apa yang paling aku suka ialah seaweed tu. Siap minta extra lagi, haha. Ada juga orang pesan suruh beli seaweed snack tu banyak-banyak bawa balik Malaysia. Banyak sebenarnya tempat yang jual seaweed snack ni, kat Namdaemun Market ada, kat airport Seoul ada tapi kat airport tu macam mahal sikit rasanya. Obviously la, airport!
Selepas menjamu selera nyum nyum nyum, kami teruskan perjalanan ke masjid. Just walking distance sahaja daripada restoran tadi. Tapi agak mendaki bukit juga, again! Agaknya siapa yang tinggalkan sini memang tak perlu lah nak ke gym. Memang fit lah. Sepanjang jalan untuk ke masjid, jalan dihiasi dengan wall graffiti yang menarik.
Seoul Central Mosque, Itaewon
Inilah masjid di Itaewon. Tak sah kalau tak singgah sini. Masjid ni telah lama teguh berdiri sejak tahun 1976. Masa kami sampai di sini, waktu pun dah nak menghampiri Maghrib. Nampak ramai muslimin-muslimin yang bergegas masuk untuk solat berjemaah. Walaupun di sini masyarakat muslim masih lagi minoriti, kekuatan Islam terlihat di situ. Impressive!
Allright. Itu saja yang kami sempat explore kat Itaewon dalam waktu yang terhad. The next post will be regarding Namdeamun Market and Myeongdong. Till then, see you next time!!
Allright. Itu saja yang kami sempat explore kat Itaewon dalam waktu yang terhad. The next post will be regarding Namdeamun Market and Myeongdong. Till then, see you next time!!