Japan

Thursday, July 30, 2015

KYOTO-KOBE-OSAKA IN AUTUMN: 15 Tempat Menarik


Salam sejahtera semua...!

Setelah sekian lama menyepi baru sekarang aku ada idea sikit nak bercerita. Selama ni idea semua tenggelam. Agaknya pagi tadi minum cappucino, itu sebab idea datang mencurah-curah. Ini post throwback. Throwback ke sembilan bulan yang lepas. Which was my traveling experience to Kyoto, Osaka and Kobe in autumn 2014. Rasa macam dah lama, tapi tak lah sama sangat kan.. Tapi kalau nak cerita detail agak payah sikit sebab aku tak simpan apa-apa traveling note. Sebab masa tu tak terfikir pun nak ada blog. Kalau nak tahu lebih detail, click link yang aku sertakan untuk setiap destinasi tersebut. 

Ini merupakan pengalaman kedua aku ke negara Jepun. Selepas balik daripada Tokyo, bulan May 2014, aku memang tak sabar nak ke sana semula. Mungkin sebab masa ke Tokyo tu, lawatan terkejut tergempar (sebab ada orang offer nak ikut ke tak), unplanned, lepas tu follow saja ke mana mereka bawa berjalan dan cuma 3 ke 4 hari saja di sana. Rasa tak puas hati sebab kalau boleh nak explore lagi. 

Kebetulan Air Asia buat promo (bukan kebetulan la, memang AA selalu buat promo pun, so kena rajin-rajin tengak website dia). Jadi nak tunggu apa lagi kan. Beside that, kena tengok juga la musim apa kalau nak ke sana. Kalau orang Malaysia macam aku ni, lebih baik pergi masa musim yang tak ada di Malaysia. Jadi, masa tu aku decide nak pergi masa musim luruh. 

Kalau nak travel, kena ada geng yang kaki travel, yang jiwa wanderlust. Kali ini insan yang bertuah ialah anak saudara aku, Khairunnisa yang dari kecil lagi memang bercita-cita nak pergi ke Jepun. Aku tahu dia mesti sayang aku ketat-ketat lepas ni sebab ajak dia pergi sama. 

Kami bermalam di Kyoto selama 3 hari di Hotel Urban Kyoto, Kyoto dan 3 hari di Hotel Consort, Osaka. Kedua-dua hotel tersebut terletak berdekatan dengan station keretapi. Macam Hotel Consort di Osaka, train station dia 10 langkah saja kot dari hotel. 

Motif post kali ni cuma nak senaraikan tempat-tempat yang aku rasa worth untuk dilawati dalam masa seminggu di sana. Dalam semua tempat yang kami pergi, pengalaman menaiki bot menyusuri sungai Hozugawa (Hozugawa River Cruise) adalah pengalaman yang paling awesome. Kepada sesiapa yang ingin ke Kyoto, masukkan Hozugawa River Cruise di dalam itinerary anda ya! 

Jadi, inilah tempat-tempat menarik yang sempat kami lawati semasa berada di sana. Of course banyak lagi tempat yang menarik, kalau nak cover semua haruslah duduk sebulan lah kan..? So here we go :



KYOTO
1. Kiyomizudera Temple (UNESCO World Heritage Site)


Ini first destinasi yang kami tuju. Masa ni aku punya la super-excited nak tengok dedaun kekuningan kemerahan. Tapi nak sampai ke sana agak azab sikit sebab jalannya agak mendaki. Azab untuk orang yang macam aku ni, yang exercise sebulan dua kali.

Daripada train station, kena berjalan/mendaki lebih kurang 20 minit untuk sampai. Kalau nak betul-betul tengok pemandangan yang lebih menarik kena masuk dalam temple tu dan naik ke main hall. Tinggi, 13 meters from the ground. Tak jadi nak proceed. So, kami berlegar-legar di sekitar tamannya sahaja. Kalau jalan ke belakang sikit ada small waterfall, Otawa Waterwall. Penduduk setempat percaya tentang meminum air daripada waterfall tersebut memberi beberapa kelebihan.

Website           :  Kiyomizudera Temple.


2. Maruyama Park


Tidak jauh daripada Kiyomizudera Temple, lebih kurang 20 minit berjalan kaki.  Kali ni okay sikit nak berjalan sebab turun dari bukit. Tempat ini sesuai untuk lepak-lepak. Katanya, taman ini bukan saja menarik semasa musim luruh, tapi menjadi tarikan semasa musim bunga. Sila google. Ok, yang bestnya, ada cafe dengan free wi-fi kat situ. Boleh la nak check-in location kat FB atau Foursquare.

Website           : Maruyama Park 


3. Kamogawa River


Kebetulan kami melalui sungai ini semasa dalam perjalanan ke Rose Cafe (salah satu restoran halal di Kyoto). Sungai yang bersih, air yang jernih, suatu permandangan yang indah sejauh mata memandang. Kami tak spend time lama sangat kat situ, lepas snap beberapa gambar kami terus ke cafe sebab lapar sangat. Masa kat cafe jumpa dengan dua orang backpackers dari Malaysia. Sempat juga la kongsi-kongsi cerita.

Photo Gallery : Autumn in Kyoto - Kamogawa River
Website           : Kamogawa River


4. Sagano Scenic Railway


Sagano Scenic Railway dan Hozugawa River Cruise adalah dua perkara mesti anda cuba. The best is to start the day as early as possible. Macam aku hari tu, agak lewat bertolak dari hotel. Jadi setibanya kami di Station Torokko-Arashiyama, kami terlepas train pukul 9 pagi. Keretapi ini hanya bertolak setiap sejam sekali. Jadi kami terpaksa menunggu untuk train yang seterusnya. Untuk menaiki boat-cruise, kita boleh purchase tiket sama ada sebelum naik train ini ataupun beli kat jeti pun boleh.

Menaiki keretapi klasik selama lebih kurang 30 minit perjalanan dan menikmati permandangan indah sungai Hozugawa dan sekeliling, rasa seperti berada di suatu zaman yang lain. Serious, tak tipu.

Photo Gallery : Autumn in Kyoto - Sagano Scenic Railway
Website           : Sagano Scenic Railway


5. Hozugawa River Cruise


Sagano Scenic Railway akan tamat di Torokko-Kameoka Station. Untuk ke jeti, kita boleh pilih sama ada nak naik train ataupun naik horse cart. Perkhidmatan kereta kuda ada berdekatan dengan Torokko-Kameoka station. Hari tu, sibuk sangat nak bagi kuda makan, kami terlepas horse cart ride. Nak naik kereta kuda ni ada jadual perjalanan dia.

The other way is naik train. Dari Torokko-Kameoka station, kena jalan kaki lebih kurang 10 minit ke Umahori station. Ambil train ke Kameoka station, satu station ke depan saja. Dari Kameoka Station, menapak lagi lebih kurang 10 minit juga ke jeti.

Boat cruise ini mengambil masa lebih kurang dua jam atau lebih bergantung kepada kederasan sungai. Bot kayu, kayuhan manual. Sangat retro.

Photo Gallery : Autumn in Kyoto - Hozugawa River Cruise.
Website           : Hozugawa River Cruise.


6. Arashiyama



Hozugawa River Cruise akan berakhir di pekan Arashiyama. Pekan kecil yang happening. Di sinilah terletaknya bamboo grove yang famous tu. Kalau ke Arashiyama, tak lengkap kalau tak pergi ke situ. Kat Arashiyama ni terjumpa lagi rakyat Malaysia satu family. Tiba-tiba saja sembang macam kenal lepas tu ambil-ambil gambar sama-sama.

Kami tak lama di sini sebab hari pun dah lewat petang. Waktu kat sini sangat terhad. Pukul 5 petang pun dalam gelap. So, kena plan perjalanan properly. Sebab itulah aku rasa kalau nak trip No 4,5, dan 6, kena mulakan hari seawal yang boleh.

Website : Arashiyama, Kyoto.


7. Nishiki Market dan Teramachi Street


Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami singgah di Nishiki Market dan Teramachi Street. Kedua-dua tempat ini hanya bersebelahan saja. Nishiki Market ini lebih kepada barang-barang dapur, seafood dan makanan. Teramachi Street pula lebih kepada souvenir, pakaian, barangan kecantikan. Lebih kurang macam tu la. Kalau nak tahu, kenalah pergi tengok sendiri. :P

Photo Gallery : Nishiki Market and Teramachi Street
Website           : Nishiki Market


8. Kyoto Tower


Personal experience, rasanya lebih menarik kalau pergi waktu siang. Masa kami sampai tu dah gelap ditambah dengan hujan renyai-renyai. Tapi gigih juga la nak naik tower tu. Last-last tak nampak apa-apa. Hahaha.. Kecewa juga la... 

Website : Kyoto Tower.


9. Fushimi Inari Shrine


Last day kat Kyoto, selepas check out kami singgah di sini. Aku rasa tempat ni macam trademark Kyoto. Kalau tengok sesiapa yang pergi Kyoto tu, mesti akan singgah kat sini lepas tu ada gambar bersama Torii gates. Apa yang menarik tentang Fushimi Inari Shrine ini ialah trail yang dibina bersama-sama dengan beribu-ribu torii gates. Sebenarnya ada cerita di sebalik Torii gates tersebut. Nak tahu lebih lanjut boleh click website tu.. (Nampak sangat malas nak cerita)

Website : Fushimi Inari Shrine.


10. Toei Ugumasa Eigamura


Pernah tengok cerita Oshin tak? Pernah tengok cerita Jepun zaman dulu-dulu, cerita samurai ataupun ninja? Ok, inilah studio di mana mereka menjalankan pengambaran cerita-cerita macam tu. Ada hari-hari tertentu akan ada show kat sini. Yang bestnya tempat ni ialah tak crowded dengan pengunjung. So rasa macam aman sikit. Kalau kat tempat-tempat lain tu, ya Allah, penuh dengan manusia.

Website : Kyoto Studio Park.

KOBE
11. Masjid Kobe


Sebuah masjid yang sangat gagah dan hebat. Lebih bagus kalau kita tahu sejarah tentang masjid ini sebelum kita ke sana.

Merupakan masjid PERTAMA di Jepun.

Ketika serangan tentera Amerika Syarikat ke atas Hiroshima dan Nagasaki, Kobe adalah bandar yang tidak terlepas daripada serangan bom atom. Hampir seluruh bandar Kobe musnah, tetapi masjid ini masih teguh berdiri.

Pada tahun 1995, Kobe dilanda gempa bumi yang dahsyat - The Great Hanshin. Beribu-ribu rakyat Jepun meninggal dunia. Kota Kobe ranap. Amazingly, masjid Kobe tidak terjejas dan menjadi tempat perlindungan mangsa gempa bumi tersebut.

Website : Kobe Mosque.


12. Mount Rokko


Okay, untuk description pasal Mount Rokko ni aku minta Khairunnisa yang karang sebab tiba-tiba kekeringan idea dan sebab dia yang banyak study pasal Kobe sebelum kami ke sana. Thanks Nisa...! Hehe..

Nak cerita pasal Mount Rokko, tempat yang lebih dikenali denagan nama Million Dollar Nightscape. Tempat yang dikatakan paling awesome pada waktu malam. Tapi agak kurang bernasib baik sebab tak naik sampai atas. Bukan saja-saja taknak naik, tapi mungkin masa tak mengizinkan. Jadi sebab taknak menghampakan hati sendiri, ye lah bukan senang nak tengok view tempat tinggi macam ni, lagi-lagi dengan beban lemak sendiri nak mendakinya, kami try lah juga naik cable car.

Sebenarnya ada beberapa checkpoint. Dari Mount Rokko Cable Car station ke checkpoint berikutnya ambil masa dalam 30 minit. Untuk checkpoint seterusnya kena naik bas. Tapi perjalanan kami hanya sampai di situ saja. Walaupun pada ketinggian di checkpoint tersebut kami masih dapat melihat permandangan bandar Kobe. Kalau sampai ke puncak, lagilah awesome viewnya! So sesiapa yang ingin ke Mount Rokko, kena spend satu hari kat sini sebab ada banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan.

Website  : Mount Rokko, Kobe.


OSAKA
13. Osaka Bay



Terdapat beberapa tarikan di Osaka Bay iaitu :
- Tempozan Ferris Wheel : tak naik pun sebab gayat.

- Tempozan Market Place   : window shopping

- Osaka Aquarium  : travel ke mana-mana pun, mesti masuk aquaria kat tempat tu, padahal tengok ikan-ikan, penguin yang serupa juga. Layan....

Website : Osaka Bay Area.


14. Universal Studio Japan


Dari Osaka Aquarium kami menaiki Captain Line Boat untuk ke USJ. Satu lagi cara iaitu menaiki kapal classic Santa Maria. Tapi yang itu agak mahal. Masa  kami sampai di USJ, hari pun dah lewat petang. Kami tak bercadang pun untuk masuk ke theme park tu. Kalau nak masuk pun kena datang next time. Next time.......

Website : Universal Studio Japan


15. Rinku Premium Outlet


Terletak berdekatan dengan Kansai Airport. Memandangkan return flight kami pukul 11 malam, jadi sempatlah cuci mata dekat sini. Jalan-jalan dan buang masa kat sini dulu. Siapa yang kaki shopping tu memang sesuai sangat lah datang sini. Kalau macam aku ni, cuci mata je la....

Website : Rinku Premium Outlet, Osaka.


Okay, nampaknya itu saja yang dapat aku kongsi setakat ni. Kepada sesiapa yang rasa-rasa nak pergi sana, jangan hesitate. Just go for it. Dalam masa tiga bulan lagi autumn dah nak start. Boleh lah plan dari sekarang. 

Well, as for me, aku dah ada plan untuk autumn tahun ni. Tempatnya rahsia. Tak syok la beritahu sekarang, kan? Jom...?!! :D


TO TRAVEL IS TO LIVE.

No comments:

Post a Comment