Hari berikutnya...
Bangun awal pukul 5.30 pagi (4.30 pagi waktu Malaysia) - gila tak excited nak pergi Nami Island! Prepare breakfast dan juga masak untuk bekal. Bekal makanan memang banyak kami bawa, yup, sebab bukan senang nak jumpa makanan yang gerenti halal dan memang tahu pun kami ni jenis yang sentiasa lapar. Haha!
Ada beberapa cara untuk ke Nami Island, sama ada nak naik bas, subway train atau train express ITX. Bezanya kos dan masa.
So, that day, we all took ITX train. Tak semua subway station ada ITX station. Kena faham kat situ. So, kalau nak tahu just refer dengan Korea Subway map.
We took our ITX train from Cheongnyangni Station. One way ticket price around 4000W. Perjalanan ambil masa lebih kurang 45 minit - 50 minit.
Cheongnyangni ITX Station. Terletak betul-betul berhadapan dengan Exit 4 Cheongnyangni subway Station.
Dalam ITX train. Setiap tiket ada nombor tempat duduk masing-masing. Kalau tempat dah penuh, dapatlah free seat, free seat kat lantai.. Pergi balik kami orang duduk bersila kat lantai, dah macam kenduri doa selamat.
Gapyeong Station.
Selain daripada Nami Island, terdapat dua lagi tempat menarik untuk dilawati di Gapyeong iaitu Petite France dan Garden Of Morning Calm. Kedua-duanya kami tak pergi sebab kat Nami Island tu pun terlalu luas untuk kami explore satu hari.
Keluar saja dari Gapyeong Station, ada station bas/teksi. Bas kat sini sharp on time. Tambang bas 1300W guna T-Money. Lebih kurang 15 minit ke Jeti.
Ramainya umat manusia kat sini. Tapi waktu menunggu untuk feri seterusnya taklah lama sangat. Orang kata, kena datang awal-awal pagi kalau nak naik feri cepat. Kalau tak lagi lama menunggu.
Ada dua cara nak ke Pulau Nami. Sama ada dengan feri ataupun Nami Skyline Zipwire. Tak kuasa Mak nak naik zipwire tu nak....
Salah satu aktiviti yang terdapat berhampiran dengan jeti sebelum ke Pulau Nami. Ni pun tak kuasa Mak nak terjun.
Welcome to Republic of Naminara. Harga tambang feri pergi-balik 8000W (foreigner's price).
Rasanya ni gambar yang paling ok kami berenam. Itupun puas juga nak ambil sebab anak tak duduk diam. Bergolek sakan jugalah kami kat situ.
Kat Nami Island ni kita boleh jumpa orang Malaysia kiri kanan depan belakang atas bawah, maksudnya everywhere...! Well.. best la jumpa dengan orang Malaysia kat 'oversea' ni. Bila dah jumpa tu eh macam kenal pulak. Maklumlah sebahasa...
Kalau berjalan kaki memang tak sempat nak pusing satu pulau. Alternative lain boleh sewa basikal atau electric bike.
Rental fee for bicycle. Untuk electric bike, 15000W for 30 minutes and 25000W for 1 hour. Ada extra charge kalau terlebih masa.
Sedar tak sedar lima jam kami di Nami Island! Itupun rasa macam tak cukup. So many things to do, to see and to explore. Beautiful things were everywhere. Maybe I just should come back here again, winter time maybe...
Selamat tinggal Nami Island, semoga berjumpa lagi...
No comments:
Post a Comment