Japan

Sunday, December 27, 2015

Autumn In Seoul 2015 : Ssamziegil, Insadong.

Previous Posts :
Bukchon Hanok Village.
Gyeongbokgung Palace.
Gwanghwamun Square.
Cheonggyecheon Stream.

Ssamziegil, Insa-Dong : Nearest subway station : Anguk Station, Line 3, Exit 6.

Selepas puas berjalan-jalan kat Cheonggyecheon stream, kami bergerak ke Insadong. Dari Cheonggyecheon ambil masa lebih kurang 15 - 20 minit berjalan kaki. Seriously masa tu sakit kaki yang amat sangat dah. Rasa kaki bengkak-bengkak macam kaki gajah.

Jalan punya jalan punya jalan sampai jugak kami kat Ssamziegil. Masa tu hujan turun renyai-renyai. Risau jugak kalau hujan sampai ke malam. Tapi kami memang dah sediakan payung masa tu. Pengalaman berhujan sampai basah kuyup masa kat Tokyo dulu. So, kali ni sediakan payung sebelum hujan. Sebelum tu pun memang dah tengok weather forecast kata ada hujan sikit.

Selain daripada Myeongdong dan Namdaemun Market, di Insadong juga kita boleh shopping-shopping utntuk souvenir. Di sinilah bermulanya kegilaan aku membeli sudu dan garfu korea. Sudu?? Seriously!  Sudu Korea adalah salah satu benda yang patut dibeli bawa balik ke Malaysia sebagai kenang-kenangan. Benda ni berbeza sedikit dengan sudu yang selalu kita gunakan di rumah tu. Pemegangnya agak slender dan lebih panjang, dengan kepala sudunya yang lebih bulat (comel) dan kecil.

Ada sebuah kedai yang menjual barang-barang dengan harga yang lebih murah berbanding dengan kedai lain. Kalau nak di bandingkan dengan kat Namdaemun Market dan Myeongdong, rasanya kedai ni lah yang tawarkan harga yang paling rendah. Contoh sudu Korea kat kedai ni satu set harga 4000W. Di kedai-kedai berdekatan, set yang sama dalam 6000-8000W. Di Dongdaemun dan Namdaemun Market, satu set sudu Korea tu harga dalam 6000W. Rasanya aku dengan Dayang lah yang dok gila beli sudu masa tu. Orait, T-shirt kat kedai ni pun murah berbanding dengan tempat lain. The best thing is, tuan kedai ni pandai bahasa Melayu. So sangat senang tawar-menawar kat sini.

Kedai yang menjual souvenir betul-betul berhadapan dengan Ssamziegil. Kedai Ahjumma yang pakai swaeter murah tu menawarkan harga barangan yang lebih murah. 



Struktur bangunan Ssamziegil ni agak unik, sesuai lah tempat tu yang menjual barang-barangan hiasan atau handmade craft yang unik. Ok, memang tak beli apa-apa pun kat Ssamziegil. Mahal! Lantai bangunannya memang direka agak slanting/senget so untuk ke aras seterusnya tidak memerlukan kita menaiki tangga.






Yang menariknya, di bahagian paling atas bangunan ini terdapat rooftop garden. Kami bersantai-santai agak lama juga kat situ sebab satu nak tunggu hujan reda, keduanya sebab nak rehatkan kaki yang dah sengal tak ingat..!








Basically, Ssamziegil, Insadong is a nice place to see and stroll around. Just nice to end our first day on Seoul Quest ;)


No comments:

Post a Comment