Japan

Sunday, December 20, 2015

Autumn In Seoul 2015 : Cheonggyecheon Stream

Previous posts :
Bukchon Hanok Village.
Gyeongbokgung Palace.
Gwanghwamun Square.

Masih lagi bercerita tentang hari pertama kami menjelajah Seoul. Hakikatnya ianya sudah lebih daripada sebulan berlalu tapi aku masih boleh mengingati setiap langkah kami di sana. Waktu itu masing-masing sudah terasa sakitnya kaki akibat daripada seharian berjalan. Tapi, perjalanan tetap perlu diteruskan. Kalau tak, sia-sia saja kami terbang jauh-jauh untuk ke mari. 

Destinasi seterusnya terletak tidak jauh dari Gwanghwamun Square. Selepas merentasi Gwanghwamun Square yang jaraknya hanya lebih kurang 300 - 400 meter, kelihatan mercu tanda Cheonggyecheon Plaza iaitu arca yang berbentuk seperti cengkerang siput. Ya, cengkerang siput yang cantik! Di situ bermulanya aliran anak sungai Cheonggyecheon. 

Cheonggyecheon memiliki sejarah silamnya tersendiri. Sejarah itulah sebenarnya yang membuatkan aku rasa teruja untuk melihat sungai ini. Bayangkan dalam beberapa puluh tahun yang lalu, sungai ini hanya satu pemandangan yang menyakitkan mata. Menjadi tempat pinggiran rumah-rumah setinggan dan tempat pembuangan sisa harian manusia. Akan tetapi dengan komitmen dan usaha modernisasi dan urbanisasi yang dijalankan oleh kerajaan Seoul pada waktu itu, mereka berjaya mentransformasikan sungai ini kepada tempat pelancongan yang hebat dan popular di Seoul. Air sungai yang dahulunya tercemar kini jernih, crystal clear! Selain daripada dikunjungi pelancong, ia juga mejadi lalui harian masyarakat Seoul untuk ke tempat kerja, ke sekolah dan tempat beriadah. 

Antara aktiviti-aktiviti yang kami lakukan di Cheonggyecheon ialah :

  1. Picnic 
  2. Foot spa!! Merendam kaki di sungai yang airnya sejuk tidak terkata. 
  3. Walking along the river
  4. Take pictures.
  5. Take pictures.
  6. And take more pictures!! 

















Dari Cheonggyecheon, kami meneruskan perjalanan kami ke Insadong. Terdapat sebuah kedai souvenir yang pada pendapat aku menawarkan harga barang yang agak murah jika dibandingkan dengan tempat lain seperti di Myeongdong dan Namdaemun Market. Tambahan pula, pemilik kedai tersebut boleh berbahasa Melayu. Jadi, tunggu blogpost saya yang akan datang.. ;)

P.S : Ayat skema mode on. Tapi ada jugak beberapa ayat yang terbabas. 

1 comment:

  1. a recomended place that is good for holidays, what kind of badges do we provide brothe

    ReplyDelete